Abah pun tak ingat semasa abah dilahirkah. Tapi menurut ceritanya abah dilahirkah di Kg Parit Haji Yaacob Bt 171/2 Air hitam Muar pada 4/7/67. Abah ada 9 orang adik beradik dan abah anak yang ke 9. Anak bungsu tuu... tapi mereka semua tak buli abah sebab seingat abah, abah yang selalu banyak buli dia orang he..he.. demand bukan bukan dan selalu munyusuhkan mereka. Ala .... budak kecik memang macam tu kan?....
Lepas tu abah sekolah di sekolah bt 18 Air hitam Muar sampai darjah 6.
Tingkatan 1 abah masuk ke sekolah Maahad Muar.
Tingkatan 4 abah masuk Kolej Islam Klang.
Lepas SPM abah masuk Kolej Melayu Kuala kangsar buat "A" level
1987 abah pergi belajar kat East London University, United Kingdom ambik BA(Hons) Business Studies. Abah graduate June 1991. Masa abah belajar di London tu abah sempat menunaikan Fardu haji ke mekah dengan perbelanjaan abah sendiri.
Kat UK masa weekend dan cuti sekolah abah kerja jadi cleaner dan kerja-kerja kilang cari duit sebab nak pergi Mekah, Alhamdulillah hajat abah di makbulkan Allah. Pengajaran untuk anak-anak abah: kalau nakkan sesuatu kena berusaha. Tiada jalan mudah untuk berjaya.
10/11/91 abah berkahwin dengan Ummi. Lepas tu anak2 abah: Along, Angah, Irfan, Syamilah,Adil, Kamal dan Afham lahir seorang demi seorang.....
Mula mula abah dan Ummi kerja kat JB. Abah kerja Kilang TAIKO jadi technical assistant. Ummi kerja kat kedai Emas Wan Aisyah setahun dan kemudian kerja di Audit Firm KC Lim. Lepas tu 1994 abah dapat kerja Kwong Yik Bank kat KL. Masa tu anak abah dah dua orang (Along & Angah) maka berpindahlah kita ke KL duduk kat Flat 2 bilik di Wangsa Maju. Kat situ Irfan lahir. Lepas tu kika semua pindah ke rumah teres 1 tkt di AU5C di keramat. Duduk setahun owner mintak balik rumah tu dalam keadaan Ummi tengah sarat mengandungkan Syamilah... sedih jugak, macam tu nasib orang tak de rumah sendiri... bila-bila masa aje orang boleh halau kita. Kemudian kita berpindah ke Taman Seri Raya batu 9 Cheras, rumah teres satu tingkat 3 bilik, kat sebelah kandang lembu. Kat sini Syamilah dilahirkan.
31 Ogos 1998, Alhamdulillah kita dapat berpindah ke rumah sendiri di 15 Jalan Impian Jaya 4, Saujana Impian Kajang, rumah double story teres 4 bilik, hasil titik peluh abah dan ummi. Kat sini Adil, Kamal dan Afham dilahirkan.
Abah sentiasa letak di dalam abah punya dream book untuk miliki rumah banglo banyak bilik untuk keselesaan anak--anak abah. Abah dan ummi sentiasa berusaha dan berdoa. Alhamdulillah 16/3/2009 kita berpindah kerumah sekarang kita duduk ni. Rumah banglo 2 tingkat 7 bilik, ada study room, ada perpustakaan, ada Cyber cafe, ada garaj kereta
16/3/2009
SHUZLINA BT SHARIF.....a.k.a. UMMI
HANIF BIN MAHPA......a.k.a. ALONG
dilahirkan pada 16 September 1992 di Hospital Sultanah Aminah JB... bersekolah di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang (SEPINTAR)...seorang yang bijak dan bertanggungjawab...telah dilantik menjadi Ketua Umum SEPINTAR 09....UPSR'04 5A, PSRA'04 Jiyyid jiddan, PMR'07 9A...
HUMAIRA BINTI MAHPA.....a.k.a. ANGAH
dilahirkan pada 11 Setember 1993 di Hospital Sultanah Aminah JB....bersekolah di SMKA Maahad Hamidiah (MAHISS) ...seorang yang rajin :p...cita2 ingin menjadi seorang yang berjasa pada agama,bangsa dan negara... UPSR'05 5A, PSRA'05 Mumtaz, PMR'08 8A1B...
MUHAMMAD IRFAN ARIF BIN MAHPA...a.k.a. IFAN
dilahirkan pada 6 September 1995 di hospital Kuala Lumpur...bersekolah di SMA BT.10 Hulu Langat (SAMTEN) .. seorang pelajar yang aktif dan bijak... UPSR'07 4A1B, PSRA'07 Jayyid jiddan...
AIDA SYAMILAH BINTI MAHPA....a.k.a. SYA
dilahirkan pada 5 Januari 1997 di Hospital Kajang....dulu sekolah di SK saujana Impian kajang. Sekarang bersekolah di SK Kampung Bharu Lanjut, SEPANG sebab keluarga semua berpindah kai sini.
MUHAMMAD ADIL LUQMAN....a.k.a. ADIL
dilahirkan pada 28 April 1999 di Hospital Kajang....bersekolah di SK Kampung Bharu Lanjut, Sepang
AHMAD KAMAL IMRAN....a.k.a. KAMAL
dilahirkan pada 28 Februari 2001 di Az-Zahrah, BANGI...bersekolah di SK kampung Bharu Lanjut, Sepang
AFHAM BIN MAHPA.....a.k.a. ADIK
dilahirkan pada 15 November 2008 di Kajang Plaza Medical Center
No comments:
Post a Comment