Tuesday, November 24, 2009

birthday Afham..

15 November 2009
genap setahun Afham di lahirkan,,,,

*gamba ni angah yang edit,,,hehe
sambutan hari lahir afham di kantin SMKA Mh,,
special tuh!
smoga Afham pnjg umur,,,
comel2 slalu,,
afham dah pndi jln2,, lari2...
ucapn from angah

Saturday, October 31, 2009

Buta Mata vs Buta hati

Buta mata tak nampak jalan di dunia
kerana tidak nampak cahaya
tidak tahu kemana hendak dituju
ke hilir atau ke hulu

Selamatlah di dunia fana ini
bila mana mata tidak buta
melalui perjalanan diri
kerana jalan itu sudah biasa

ada pedoman yang menunjuk kita
tongkat di tangan membantu jua
mungkin ada orang simpati yang membantu
tapi jika buta hati menderita....

Nurul Iman

Nurul Iman berdiri di tingkap
memandang mandang melihat lihat
ada awan di langit biru
terapung apung di atas bukit
tiada tiang tiada tali
namun jatuh tak sekali (2x)

Ada burung terbang bebas
angin bersih bertiup lepas
ada pokok hijau menawan
bunga bungaan bermacam-macam

sungguh cantik sungguh indah
sungguh besar kuasa Allah
jadikan itu jadikan ini
untuk makhluknya yang dikasihi

Nurul Iman berfikir fikir
mesti bersyukur kepada Allah
keluar katanya dari bibir
SubhanAllah SubhanAllah

Cinta Agung

Cinta itu naluri manusia
hadir di sepanjang jalan kehidupan
membina jambatan kasih sayang
hadirnya tiada paksaan

Setiap insan yang hidup di dunia
pasti mengalami badai gelora cinta
mencurahkan perasaan hatinya
untuk sesuatu yang dipuja

Cinta agung cinta kepada ilahi
dan rasulnya jiwa yang paling dikasihi
memupuk rasa keimanan
sanggup berkorban dan berjuang

Cinta kita pada sesama insan
harus atas dasar ketaqwaan
bukannya kerna nafsu syaitan
bukannya kerna keduniaan....

Koleksi Nasyid
Usrah East London
1990

Thursday, September 17, 2009

ni afham..die nanges..

Tuesday, September 15, 2009

Red Cooper


This is not for sale ye. Yang Ni Abah punya kete mini, abah tengah cari motor classic untuk menambahkan koleksi2 -abah....... abah memang penyayang orangNye.......

Friday, September 11, 2009

Prof Dr Humaira

Tanggal 11th Sept
Sejarah dunia bermula
Anjakan paradigma
Membuka mata dunia

Tanggal 11th Sept
Dunia digegarkan
Oleh Kelahiran
Pemimpin agung
pemidato terkenal
pakar dalam segala bidang
Ilmuan ulama' ahli sufi
Profesional bergelar doktor falsafah
hujahnya digeruni kawan dan lawan
kewibawaannya disegani
ketaqwaannya dihormati
kelembutannya diikuti

Tanggal 11th Sept
Kelahiran Prof Dr Humaira Binti Mahpa
Happy Birthday to you.....

by Abah
23.35pm
11/9/2009