Buta mata tak nampak jalan di dunia
kerana tidak nampak cahaya
tidak tahu kemana hendak dituju
ke hilir atau ke hulu
Selamatlah di dunia fana ini
bila mana mata tidak buta
melalui perjalanan diri
kerana jalan itu sudah biasa
ada pedoman yang menunjuk kita
tongkat di tangan membantu jua
mungkin ada orang simpati yang membantu
tapi jika buta hati menderita....
Saturday, October 31, 2009
Nurul Iman
Nurul Iman berdiri di tingkap
memandang mandang melihat lihat
ada awan di langit biru
terapung apung di atas bukit
tiada tiang tiada tali
namun jatuh tak sekali (2x)
Ada burung terbang bebas
angin bersih bertiup lepas
ada pokok hijau menawan
bunga bungaan bermacam-macam
sungguh cantik sungguh indah
sungguh besar kuasa Allah
jadikan itu jadikan ini
untuk makhluknya yang dikasihi
Nurul Iman berfikir fikir
mesti bersyukur kepada Allah
keluar katanya dari bibir
SubhanAllah SubhanAllah
memandang mandang melihat lihat
ada awan di langit biru
terapung apung di atas bukit
tiada tiang tiada tali
namun jatuh tak sekali (2x)
Ada burung terbang bebas
angin bersih bertiup lepas
ada pokok hijau menawan
bunga bungaan bermacam-macam
sungguh cantik sungguh indah
sungguh besar kuasa Allah
jadikan itu jadikan ini
untuk makhluknya yang dikasihi
Nurul Iman berfikir fikir
mesti bersyukur kepada Allah
keluar katanya dari bibir
SubhanAllah SubhanAllah
Cinta Agung
Cinta itu naluri manusia
hadir di sepanjang jalan kehidupan
membina jambatan kasih sayang
hadirnya tiada paksaan
Setiap insan yang hidup di dunia
pasti mengalami badai gelora cinta
mencurahkan perasaan hatinya
untuk sesuatu yang dipuja
Cinta agung cinta kepada ilahi
dan rasulnya jiwa yang paling dikasihi
memupuk rasa keimanan
sanggup berkorban dan berjuang
Cinta kita pada sesama insan
harus atas dasar ketaqwaan
bukannya kerna nafsu syaitan
bukannya kerna keduniaan....
Koleksi Nasyid
Usrah East London
1990
hadir di sepanjang jalan kehidupan
membina jambatan kasih sayang
hadirnya tiada paksaan
Setiap insan yang hidup di dunia
pasti mengalami badai gelora cinta
mencurahkan perasaan hatinya
untuk sesuatu yang dipuja
Cinta agung cinta kepada ilahi
dan rasulnya jiwa yang paling dikasihi
memupuk rasa keimanan
sanggup berkorban dan berjuang
Cinta kita pada sesama insan
harus atas dasar ketaqwaan
bukannya kerna nafsu syaitan
bukannya kerna keduniaan....
Koleksi Nasyid
Usrah East London
1990
Subscribe to:
Posts (Atom)